Perutusan Ketua Jabatan

Written by Super User. Posted in Profil

Perutusan Ketua Jabatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan. Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kuala Muda. Laman web ini dibina bagi memudahkan capaian maklumat oleh seluruh masyarakat. Pembangunannya adalah selaras dengan seruan kerajaan bagi memastikan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web masing-masing. Ini juga adalah kerana Pejabat Daerah tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat membangun. Kini Pejabat Daerah Kuala Muda telah maju setapak ke hadapan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat. Pejabat Daerah Kuala Muda cuba berjalan seiring dengan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam penyampaian maklumat melalui teknologi sedia ada.

Adalah diharapkan agar laman web Pejabat Daerah Kuala Muda mampu memberi penerangan serta maklumat tentang peranan, tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pejabat Daerah Kuala Muda. Laman web ini juga sedaya upaya cuba untuk menyediakan profil berkaitan Daerah Kuala Muda untuk tatapan dan makluman semua pihak. Berita-berita terkini berkaitan Pejabat Daerah akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi membolehkan orang ramai mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku. Diharap dengan kehadiran laman web ini, orang ramai lebih memahami akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Pejabat Daerah Kuala Muda.

Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan, cadangan, komen serta maklumbalas membina daripada semua bagi tujuan penambahbaikan laman web ini dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Pegawai Daerah Kuala Muda

Tuan Haji Md. Nordin Bin Yahya

Undian

Adakah informasi di dalam laman web ini bermanfaat kepada anda?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Scan QR KOD

QR CODE PDKM

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

170166
Hari IniHari Ini11
SemalamSemalam36
Minggu IniMinggu Ini154
Bulan IniBulan Ini778
KeseluruhanKeseluruhan170166

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-03-2017 02:19